SAYA INGIN BERKONGSI MAKLUMAT BERKAITAN KANAK-KANAK DISLEKSIA DENGAN KAWAN-KAWAN.....


DEFINISI
Perkataa
n “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:
1) Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
2)Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
3)Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
APA ITU DISLEKSIA????
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.
SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?
- Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
Jenis-jenis Disleksia ialah:
1) Disleksia visual (penglihatan) - Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan.
2)Disleksia auditori (pendengaran) - Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan.
3)Disleksia visual-auditori - Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
.PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya.
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.
Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan.
ciri-ciri kanak disleksia....
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanak-kanak
No comments:
Post a Comment