Wednesday, October 6, 2010

saya ingin berkongsi dengan kawan berkaita dengan kanak-kanak autisma... Apa itu autisma?

Autistik atau autisma merupakan kecacatan seumur hidup yang berlaku terhadap kanak-kanak sejak kecil lagi. Masalah ini terlalu sukar dihadapi bukan sahaja kanak-kanak itu malah termasuk juga keluarga kanak-kanak itu sendiri malahan masyarakat pun turut terkena tempiasnya. Autisma merupakan masalah komunikasi yang tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak autisma akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka malah melakukan pekara diluar jangkaan kita. Contohnya kanak-kanak sebelas tahun akan menunjukkan tingkah laku mengamuk seperti kanak-kanak tiga tahun ataupun kanak-kanak tersebut akan memegang sesuatu permainan dan menguis permainan tersebut sehingga hancur atau rosak otak kanak autisma adalah lebih tajam dari orang biasa!!!!!!! tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak mengalami autisma ialah=

1. Perasaan sayang yang keterlaluan kepada objek.

2. Mereka sukar untuk menerima pembelajaran yang biasa di ajar untuk kanak-kanak normal.

3. Tidak berhubungan mata (no eyes contact), dalam komunikasi.

4. Mereka tidak mahukan perbezaan dalam hidup seharian.

5. Tingkah laku mereka kadang kala berbeza, ada individu yang terlalu aktif dan ada yang sebaliknya.

6. Kerap mengulangi perkataan yang sama berulang kali.

7. Perasaan marah, sedih dan suka yang sukar di kawal. Menangis, marah dan ketawa tanpa sebab.

8. Memutar dan menggoyangkan barang.

9. Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.

10. Mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak.

11. Hanya menunjuk dengan jari apa yang dihajati.

12. Tidak takut dan mengenali benda yang berbahaya.

13. Sukar untuk bergaul dan menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.

14. Tidak suka di peluk atau di dakap.(sentuhan)

15. Lebih gemar bermain dengan permainan yang luar biasa iaitu tidak suka kepada permainan yang kebiasaan kanak-kanak lain main. Contoh berminat kepada plastik.

16. Dapat merasai kesakitan tetapi tidak menunjukkan reaksi sakit.

18. Mendapat gangguan ketika tidur.

19. Perlakuan yang bongkok.

Thursday, September 30, 2010

DISLEKSIA

SAYA INGIN BERKONGSI MAKLUMAT BERKAITAN KANAK-KANAK DISLEKSIA DENGAN KAWAN-KAWAN.....

DEFINISI

Perkataa
n “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran danLexisbermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilahbuta hurufjuga digunakan untuk kategori ini. Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:

1) Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik

2)Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa

3)Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan

APA ITU DISLEKSIA????

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?

  • Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

Jenis-jenis Disleksia ialah:

1) Disleksia visual (penglihatan) - Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan.

2)Disleksia auditori (pendengaran) - Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan.

3)Disleksia visual-auditori - Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

.PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya.

Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.

Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak perempuan.

ciri-ciri kanak disleksia....
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
Kanak-kanak

Wednesday, September 29, 2010

kita perlu mengubah sikap negatif kita dalam mendidik kanak-kanak cacat...

  • Dalam mendidik anak-anak yang cacat, ibu bapa sering berasa hampa kerana tidak mendapat bantuan khidmat dan nasihat yang bernas yang boleh membantu mereka meningkatkan potensi anak-anak mereka. Anggapan bahawa kanak-kanak yang rencat akal, pekak, buta dan spastik tidak boleh dibantu lagi tidak harus diterima kerana pada masa ini, banyak teknik untuk membantu kanak-kanak cacat menguasai kemahiran-kemahiran hidup dan kemahiran-kemahiran praktikal.
  • Kanak -kanak rencat akal berbeza antara satu sama lain dari segi keupayaan pemikiran . Kanak -kanak yang rencat akal sederhana (mild range of mental handicap ) mungkin boleh dilatih menulis nama dan membuat kira -kira yang mudah . Kebanyakkan mereka boleh menguasai bahasa yang mudah dan ini akan membolehkan mereka berinteraksi dengan orang lain . Ini berbeza pula dengan kanak -kanak yang mengalami rncat akal teruk ( severe mental handicap ) yang mungkin tidak boleh bercakap atau memahami bahasa , tidak boleh menulis atau mengira dan sukar dilatihuntuk membuat sesuatu kerja yang memerlukan banyak pemikiran . Walau bagaimanapun , objektif latihan perlulah disesuaikan dengan tahap pemikirannya serta kekuatan dan kelemahannya . Objektif latihan mestilah realistik supaya ibu bapa tidak merasa hampa jika anak mereka gagal mengikuti latihan tersebut . Tidak ada sebab mengapa kanak -kanak yang mengalami rencat akal yang teruk tidak boleh dilatih untuk melakukan aktiviti - aktiviti harian seperti makan , minum , bersalin pakaian dan memakai kasut dengan sendiri .
  • Kanak -kanak spastik yang daya intelek mereka berfungsi secara normal memerlukan latihan yang berbeza sama sekali dengan latihan yang diperlukan oleh kanak -kanak spastik yang rencat akal . Bagi kanak -kanak ini , tidak ada sebab mengapa mereka tidak dapat terus belajar di sekolah biasa jika mereka dapat bergerak dengan bantuan kerusi roda atau tongkat . Ibu bapa yang mempunyai anak spastik digalakkan melawat pusat -pusat latihan kanak -kanak spastik untuk mempelajari cara -cara kanak -kanak ini dilatih makan , minum , bermain , menaip , duduk dan berdiri menggunakan alat -alat tertentu dan lain -lain lagi .
  • Kanak -kanak buta tidak semestinya terencat akal . Ramai orang yang cacat penglihatan telah mencapai kejayaan dalam bidang pengkhususan mereka . Walaupun seseorang itu buta , tetapi jika daya pendengarannya baik , dia masih boleh terus berkembang dari segi inteleknya seperti kanak -kanak lain . Golongan kanak -kanak cacat yang paling sukar untuk ditingkatkan daya pemikirannya ialah mereka yang tidak boleh melihat dan mendengar . Contohnya , kes congenital rubella yang melibatkan kanak -kanak yang dilahirkan dengan katarak mata dan pekak .

Thursday, August 26, 2010

Add Image Bantuan untuk kanak-kanak istimewa:

  • kemudahan galakan pelepasan cukai - ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dapat pelepasan cukai berganda dan diberi rebet untuk untuk membeli peralatan khas.
  • kemudahan pengangkutan awam - potongan harga bagi tambang.
  • kemudahan perumahan - DBKL menyediakan kemudahan sewa rumah seperti memberi harga yang istimewa.
  • pengecualian bayarann dokumen perjalanan - memproses dokumen perjalanan(pasport antarabangsa).
  • pengecualian bayaran rawatan perubatan - hospital kerajaan.
  • kemudahan peluang pekerjaan - kuota 1% bagi kerajaan dan KOD AMALAN BAGI ORANG KURANG UPAYA bagi sektor swasta.
  • kemudahan pendidikan - sekolah pendidikan khas.
  • kemudahan dalam aktiviti harian - kemudahan awam seperti tandas awam dan tempat letak kereta.
  • pengecualian 50% duti eksais ke atas kenderaan nasional.
syarat-syarat untuk memasuki sekolah pendidikan khas:

  1. tadika- tidak kurang 6 tahun
  2. sekolah rendah - berusia 6 tahun sehingga berusia 14 tahun
  3. sekolah menengah - berusia 13 tahun sehingga 19 tahun

  • semua kanak-kanak ini perlulah mendapatkan pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain

program pendidikan khas:

.program pendidikan khas di malaysia dilaksanakan melalui:
.sekolah khas
.program pendidikan khas integrasi (pengasingan/inklusif)
.program disleksia
.pendidikan vokasional sekolah khas /integrasi (teknik/vokasional)

Wednesday, August 25, 2010


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

Friday, August 13, 2010

kategori dan ciri-ciri kanak-kanak khas bermasalah pembelajaran:

Autisme

* Perlakuan yang bongkak
* Ketawa dengan tiba-tiba
* Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
* Tidak mengenali bahaya.
* Tidak merasai kesakitan.
* Menangis dan marah tanpa sebab.
* Permainan yang luar biasa.
* Tidak mahu didakap.
* Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
* Berkelakuan seperti orang pekak.
* Tiada perhubungan mata bila bercakap.
* Memutar barang.
* Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
* Tingkahlaku aktif keterlaluan.
* Tidak mahu terima pelajaran biasa.
* Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
* Takut dan cemburu berlebihan.

Sindrom Down
* Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
* Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
* Mata sentiasa berair dan merah.
* Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada
kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
* Bentuk muka yang kecil.
* Bahagian kepala leper.
* Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
* Majoriti berambut lurus dan lembut.
* Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
* Berbadan gembal dan rendak.
* Badan yang agak bongkok.
* Suka bermanja, bermain dan gembira.
* Dapat bergaul dengan baik.
* IQ di antara 30 hingga 80.
* Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Cacat Akal Ringan
1. Adiot
# Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.
2. Imbersil
# Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
3. Moron
# Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
# Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
# Lambat berjalan dan lambat bercakap.
4. Lembab
# Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

Cacat Akal Berat
* Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
* Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
* Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
* Sukar bernafas.
* Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
* Selalu menangis.
* Sukar bercakap dan memahami orang lain.
* Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
* Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
* Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
* Tidur yang berlebihan.
* Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Hyperaktif
* Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
* Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
* Tidur yang tidak tetap.
* Terlalu kerap menangis atau ketawa.
* Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
* Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
* Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
* Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Hypoaktif
* Murang dan menyendiri.
* Aktiviti fizikal yang pasif.
* Tiada respond pada persekitaran.
* Suka termenung.
* Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
* Menundukkan muka bila nama dipanggil.
* Suka bermain sendirian.
* Suka berkhayal.

Spastik
* Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.
* Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
* Tidak berupaya mengangkut badan.
* Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
* Tidak berupaya memegang objek.
* Tidak berupaya mengurus diri.

Pintar Cerdas
* Kebolehan yang luar biasa.
* Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
* pergaulan dengan kanak-kanak lain.
* Perkembangan bahasa yang lambat.
* Perbendaharaan kata yang kemas.
* Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
* Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
* Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
* Suka mencari helah.

Friday, August 6, 2010

PENDIDIKAN KHAS
-Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa,iaitu kanak-kanak yg dari segi intelek,fizikal,sosial@emosi,tdk mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa,hinggakan mereka tidak dpt mendapat faedah sepenuhnya drpd rancangan sekolah biasa.
(pendapat ke-) pendidikan khas ialah subsistem dlm sistem pendidikan yg bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa.

DEFINISI P/KHAS dlm konteks Malaysia:
-kanak-kanak dgn keperluan-keperluan pendidikan khas menekankan kpd kebolehan,kefungsiaan,kemahiran,perkembangan,penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dlm kemahiran-kemahiran pengembangan(development skill). pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yg menekankan kecacatan dan ketidakbolehan(medical defict model)