Thursday, August 26, 2010

Add Image Bantuan untuk kanak-kanak istimewa:

  • kemudahan galakan pelepasan cukai - ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dapat pelepasan cukai berganda dan diberi rebet untuk untuk membeli peralatan khas.
  • kemudahan pengangkutan awam - potongan harga bagi tambang.
  • kemudahan perumahan - DBKL menyediakan kemudahan sewa rumah seperti memberi harga yang istimewa.
  • pengecualian bayarann dokumen perjalanan - memproses dokumen perjalanan(pasport antarabangsa).
  • pengecualian bayaran rawatan perubatan - hospital kerajaan.
  • kemudahan peluang pekerjaan - kuota 1% bagi kerajaan dan KOD AMALAN BAGI ORANG KURANG UPAYA bagi sektor swasta.
  • kemudahan pendidikan - sekolah pendidikan khas.
  • kemudahan dalam aktiviti harian - kemudahan awam seperti tandas awam dan tempat letak kereta.
  • pengecualian 50% duti eksais ke atas kenderaan nasional.
syarat-syarat untuk memasuki sekolah pendidikan khas:

  1. tadika- tidak kurang 6 tahun
  2. sekolah rendah - berusia 6 tahun sehingga berusia 14 tahun
  3. sekolah menengah - berusia 13 tahun sehingga 19 tahun

  • semua kanak-kanak ini perlulah mendapatkan pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain

program pendidikan khas:

.program pendidikan khas di malaysia dilaksanakan melalui:
.sekolah khas
.program pendidikan khas integrasi (pengasingan/inklusif)
.program disleksia
.pendidikan vokasional sekolah khas /integrasi (teknik/vokasional)

Wednesday, August 25, 2010


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

  • Sekolah Khas
  • Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
  • Pemulihan Khas
  • Program Disleksia
  • Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

Friday, August 13, 2010

kategori dan ciri-ciri kanak-kanak khas bermasalah pembelajaran:

Autisme

* Perlakuan yang bongkak
* Ketawa dengan tiba-tiba
* Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
* Tidak mengenali bahaya.
* Tidak merasai kesakitan.
* Menangis dan marah tanpa sebab.
* Permainan yang luar biasa.
* Tidak mahu didakap.
* Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
* Berkelakuan seperti orang pekak.
* Tiada perhubungan mata bila bercakap.
* Memutar barang.
* Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
* Tingkahlaku aktif keterlaluan.
* Tidak mahu terima pelajaran biasa.
* Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
* Takut dan cemburu berlebihan.

Sindrom Down
* Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
* Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
* Mata sentiasa berair dan merah.
* Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada
kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
* Bentuk muka yang kecil.
* Bahagian kepala leper.
* Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
* Majoriti berambut lurus dan lembut.
* Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
* Berbadan gembal dan rendak.
* Badan yang agak bongkok.
* Suka bermanja, bermain dan gembira.
* Dapat bergaul dengan baik.
* IQ di antara 30 hingga 80.
* Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.

Cacat Akal Ringan
1. Adiot
# Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.
2. Imbersil
# Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
3. Moron
# Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
# Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
# Lambat berjalan dan lambat bercakap.
4. Lembab
# Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

Cacat Akal Berat
* Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
* Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
* Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
* Sukar bernafas.
* Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
* Selalu menangis.
* Sukar bercakap dan memahami orang lain.
* Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
* Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
* Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
* Tidur yang berlebihan.
* Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Hyperaktif
* Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
* Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
* Tidur yang tidak tetap.
* Terlalu kerap menangis atau ketawa.
* Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
* Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
* Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
* Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

Hypoaktif
* Murang dan menyendiri.
* Aktiviti fizikal yang pasif.
* Tiada respond pada persekitaran.
* Suka termenung.
* Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
* Menundukkan muka bila nama dipanggil.
* Suka bermain sendirian.
* Suka berkhayal.

Spastik
* Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.
* Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
* Tidak berupaya mengangkut badan.
* Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
* Tidak berupaya memegang objek.
* Tidak berupaya mengurus diri.

Pintar Cerdas
* Kebolehan yang luar biasa.
* Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
* pergaulan dengan kanak-kanak lain.
* Perkembangan bahasa yang lambat.
* Perbendaharaan kata yang kemas.
* Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
* Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
* Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
* Suka mencari helah.

Friday, August 6, 2010

PENDIDIKAN KHAS
-Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa,iaitu kanak-kanak yg dari segi intelek,fizikal,sosial@emosi,tdk mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa,hinggakan mereka tidak dpt mendapat faedah sepenuhnya drpd rancangan sekolah biasa.
(pendapat ke-) pendidikan khas ialah subsistem dlm sistem pendidikan yg bertanggungjawab mengadakan peruntukan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa.

DEFINISI P/KHAS dlm konteks Malaysia:
-kanak-kanak dgn keperluan-keperluan pendidikan khas menekankan kpd kebolehan,kefungsiaan,kemahiran,perkembangan,penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dlm kemahiran-kemahiran pengembangan(development skill). pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yg menekankan kecacatan dan ketidakbolehan(medical defict model)